Oil Palm Bulletin No. 52 (May 2006) p59-67

Effects of chemical interestification on the dropping point of palm oil, sunflower oil and palm kernel olein blends

NOOR LIDA HABI Mat DIan , NOR AINI Idris

Changes in the melting points of palm oil (PO), sunflower oil (SFO), palm kernel olein (PKOo) and their blends thereof before and after chemical interesterification (CIE) were studied by the dropping point (DP) method. PO and binary blends of PO/SFO at 3:1 ratio, PO/PKOo at all ratios and ternary blends of PO/SFO/PKOo at 4:1:1, 1:1:4 and 1:1:1 ratios increased in their DP following CIE, indicating that they became harder than their respective non-interesterified (non-IEed) blends. The DPs of PKOo, binary blends of PO/SFO at 1:1 and 1:3 ratios and all binary blends of PKOo/SFO decreased following CIE. The DP of SFO before and after CIE could not be measured as it was very soft even at low temperature. DP data also indicated a eutectic interaction between PO and PKOo in the non- IEed blends of PO/PKOo but that the interaction diminished after CIE.

Perubahan dalam takat lebur minyak sawit (PO), olein isirung sawit (PKOo) dan minyak biji bunga matahari (SFO) serta adunan ketiga-tiganya dalam pelbagai nisbah sebelum dan selepas interesterifikasi kimia (CIE) dikaji melalui kaedah takat titisan (DP). PO dan adunan perduaan PO/SFO pada nisbah 3:1, kesemua adunan perduaan PO/PKOo dan adunan pertigaan PO/SFO/PKOo pada nisbah 4:1:1, 1:1:4 dan 1:1:1 mengalami peningkatan dalam DP selepas CIE, menunjukkan bahawa ia adalah lebih keras berbanding dengan adunan langsung (bukan- IEed) masing-masing. DP bagi PKOo, adunan perduaan PO/SFO pada nisbah 1:1 dan 1:3 serta kesemua adunan perduaan PKOo/SFO berkurangan selepas CIE. DP bagi SFO sebelum dan selepas CIE tidak dapat diukur kerana berbentuk cecair walau pada suhu yang sangat rendah. Data DP juga menunjukkan kehadiran interaksi eutektik di antara PO dan PKOo di dalam adunan langsung PO/PKOo dan interaksi ini berkurangan selepas CIE.


Keywords: , , , ,

Author information: