Oil Palm Bulletin No. 68 (May 2014) p1-4

Ekona x Deli Dura Materials: Promising High Oil-to-Bunch Dura Materials

Joko Handoko Hadi Prasetyo*, Baihaqi Sitepu*, Jajan Djuhjana* and Stephen P C Nelson*

Most South-east Asian oil palm seed producers currently use Deli dura as female seed palms to produce commercial seeds. This material is characterised by large bunches and high fresh fruit bunch (FFB) yield. SumBio’s Deli dura material usually has laboratory % oil-to-bunch (OB) of 18%-22%.

SumBio is currently developing its dura breeding materials by introgressing commercial Deli dura material with breeding material received from Cameroon and Democratic Republic of Congo. These materials were received as part of the Combined Breeding Programme between Unilever Plc and Harrisons and Crosfield and were planted at Bah Lias Research Station in 1985. Selected Ekona duras were crossed with selected Deli dura to produce a F1 generation and a trial was conducted in 1995. Palms from selected progenies of Ekona x Deli dura from this planting were selfed to produce an Ekona x Deli F2 generation. A trial was conducted in 2003 which compared six Bah Lias Deli dura selfed progenies with 28 Ekona x Deli dura selfs for potential selection as commercial seed palms. The trial results showed that Ekona x Deli progenies had higher OB compared to Bah Lias Deli dura progeny. One Ekona x Deli F2 progeny achieved an OB ratio of 27.7% with high % mesocarp to fruit (67.0%).

Since these are Ekona x Deli F2 progenies, with high between-palm-within progeny genetic variation, there is optimism that there is considerable potential to make further breeding progress by selecting within progenies (following progeny testing) and by selfing. It will also be possible to rapidly multiply the best dura palms within these progenies (on the basis of progeny trial results) by cloning.

 

Kebanyakan pengeluar biji benih di Asia Tenggara kini menggunakan dura Deli sebagai induk betina untuk menghasilkan biji benih komersial. Bahan tersebut berciri tandan besar dan hasil buah tandan segar (BTS) yang tinggi. Bahan tanaman dura Deli SumBio lazimnya mempunyai nisbah minyakke-tandan 18%-22%.

Pada masa ini, SumBio sedang membangunkan bahan biak baka dura dengan menggabungkan dura Deli komersial dengan bahan biak baka yang diterima dari Cameroon dan Republik Demokratik Congo. Bahan tersebut diterima sebagai sebahagian daripada Program Biak Baka Bersepadu di antara Unilever Plc dan Harrisons and Crosfield dan telah ditanam di Stesen Penyelidikan Bah Lias pada tahun 1985. Dura Ekona yang terpilih telah dikacukkan dengan dura Deli terpilih untuk menghasilkan generasi F1 dan satu percubaan telah dijalankan pada tahun 1995. Penyendirian pokok dari penanaman progeni terpilih Ekona x dura Deli telah dilakukan untuk menghasilkan generasi F2 Ekona x dura Deli. Satu percubaan telah dijalankan pada tahun 2003 untuk membandingkan progeni enam dura Deli penyendirian Bah Lias dengan 28 penyendirian Ekona x dura Deli untuk pemilihan berpotensi sebagai pokok induk komersial. Keputusan percubaan menunjukkan bahawa progeni Ekona x dura Deli mempunyai nisbah minyak-ke-tandan yang lebih tinggi berbanding progeni dura Deli Bah Lias. Satu progeni Ekona x Deli F2 mencapai nisbah minyak-ke-tandan 27.7% dengan nisbah mesokarpa-ke-buah yang tinggi (67%).

Memandangkan ini adalah progeni F2 Ekona x Deli dengan variasi genetik antara pokok di kalangan progeni yang tinggi, maka terdapat keyakinan tentang potensi untuk mencapai kemajuan biak baka selanjutnya dengan cara memilih di kalangan progeni (susulan ujian progeni) dan menerusi penyendirian. Di samping itu, terdapat kemungkinan untuk menambahkan pokok dura terbaik di kalangan progeni tersebut dengan cepat (berdasar keputusan percubaan progeni) menerusi pengklonan.


Keywords: , ,

Author information: