Oil Palm Bulletin No. 18 (May 1989) p1 - 19

Inflorescence Abortion and Sex Determination in Oil Palm

F.J. Bealing and Mohd. Haniff Harun

Penggunaan substrat semasa peringkat awal tumbesaran mayang kelapa sawit adatah merupakan kurang dari 0.1 % daripada keupayaan fotosintesis pelepah yang mencengkam, dan luruhan bunga tidak boleh dianggap disebabkan oleh kekurangan substrat. Kandungan proline yang amat tinggi didapati pada bunga muda. Ini rnenunjukkan kesesakan air setempat. Pernah dikatakan bahawa pengguguran adalah akibat dari permintaan air berlebihan satu pelepah: satu faktor yang bergantung kepada kehilangan air penyejatan, dan sumbangan tiap-tiap helai daun terhadap keperluan sap keseluruhan pokok. Pengguguran yang semakin meningkat pada peningkat Pelepah 7—9 (daun terbuka yang paling muda dianggap Pelepah 1) sering dikaitkan dengan pembuangan sklerenkirna berkas pembuluh dalam pulvinus petiol. Juga disarankan yang pulvinus petiol menjadi sernakin kurang berkesan sebagai sumber air tersedia, dan mayang yang terdedah sementara kepada kesan sepenuh perrnintaan air dari pelepah di mana ianya terlekat. Keadaan ini serupa dengan keadaan pokok di dalarn keadaan kemarau dan adalah dijangka, dalam hal ini juga, perencatan tumbesaran disebabkan oleh gangguan yang berkaitan dengan pola normal aktiviti metabolisme. Kemungkinan kesesakan air batang-apeks menjadi faktor kawalan bagi menentukan jantina bunga memerlukan satu tafsiran baru data-data fisiologi tumbuhan, dan dengan itu membuka lembaran baru dalam bidang penyeilidikan beronientasikan hasil.


Keywords: , , , , , , , ,

Author information: